Sunday, 4 May 2014

Ubah Sikap dan Ubah Kehidupan

Assalamualaikummm uolsss!!!

Apa khabar? Dengar citer sekarang banyak musim buah mangga kan? Tak kira la di negeri mana semua yang Q tengok wajib ada buah mangga yang ada.. Heww.. Hari ni bukan nak cakap pasal pelam a.k.a mangga tapi nak cakap pasal kehidupan kita sebagai manusia yang akan, telah dan bakal menghadapi hari2 liku kehidupan kita semua.

Q percaya semua orang ada masala kan? Tipu la tak ada masalah langsung. Budak sekolah pon banyak masalah kan. Hehehe. Kadang2 sikap manusia ada yang terlebih2, ada yang terkurang, dan ada yang biasa2 je mereka ni. Cuba korang senaraikan sikap negatif dan sikap positif korang. Mesti melebihi dua kan? Q sendiri pun ada perangai tersendiri contohnya tak suka ditegur, pedendam dan lain2 lagi. Begitulah kita manusia tiada yang sempurna seperti Nabi Muhammad SAW. Kita dicipta untuk menjadi hamba kepada Allah SWT bukan kepada hamba dunia yang sementara ini. T___T.. Mihmih.

Kita sebagai manusia perlulah patuh kepada suruhan dan laranganNya. Jangan sesekali ingkar sebab neraka yang panas telah menunggu kita. Sekarang pun musim panas yang amat sangat bak sauna berada dalam rumah kan? Panas sungguh kadang2 pukul 10 pagi pun dah panas . Dalam sehari Q mandi 5 kali haaaaa... Panas punya pasal. Baru sikit Allah uji kita kan. Setakat panas di dunia apelah sangat. Huahua...

So, bila berada dunia yang serba canggih ni jangan lupa pada Allah sebab Dia mampu mengubah semuanya dalam masa 1 saat. Hebat kan? Jom ubah minda kita supaya dekatkan diri kepadaNya.



Jom ubah sikap dan ubah kehidupan supaya berada di jalan yang betul dan sentiasa berubah untuk kebaikan. Jangan sesekali mengungut apa yang terjadi pada kita ye!

Pesanan Ikhlas dari,
Q


No comments:

Post a Comment