Sunday, 4 May 2014

Buat2 Tanya Khabar Padahal Rinduuuu


Hellooo Peeeps!

Korang pernah tak ada perasaan macam ni kalau duduk jauh dari mak. Contohnya belajar ke, kerja ke, atau ikut si suami... Mihmih.. Mula call mak mesti tanya apa kabar mak? Mak sihat kr? Makan ape hari ni? Tengah buat ape mak? Macam2 la lagi kan soalan yang berada dalam kepala hang semua bila calling mak korang. Kan? Luaran memang la tanya gituw tapi dalaman "Makkkkkkkk...... Rinduuuuuuuuuu, nak balik!" Tapi tu hakikatnya kan? Huahuaa... Korang jangan buat2 tak mengaku atau tak pernah langsung hadapi situasi ni yaww., Tipu la!

Kalau first time jauh dengan mak memang hari-hari la korang call mak kan. Ayah tak berapa nak call sangat kan.. T___T. Mak je korang akan call setiap hari.. Kenapa gejala ini menular? Hahahaha... Padahal ayah pemberi ongkos pada korang kan? Buat-buat tak tahu pulak, ada tu tak tanya langsung pun khabar berita dari ayah.. Mak je yang penting kan. Ehhh, mestilah mak lahirkan kita kan??? Mihmih..

Terdapat beberapa situasi jika anda berada seperti gambar di atas:

1) Tinggal di asrama kerana berada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) la sangat kan.. Mihmih
     - Situasi macam ni kalau boleh setiap saat korang akan calling2 mak kan. Q tak pernah hadapi situasi ni           sebab sekolah dekat je..

2) Belajar di menara gading (UNIVERSITI)
    - Ada orang belajar dalam negara, ada orang pulak belajar luar negara. Yang luar negara tu nak calling2         hari mahu melayang RM1000 kalau hari2 duk calling mak kan. So, gunakanlah laman sosial yang ada.           Pergunakanlah mereka sebaik mungkin supaya duit kita tak habis.. Hahahaha.

3) Kerja di luar daerah, negeri, atau negara
    - Kerja kot.. Gila la tak nak pergi jauh2 kalau diberi upah sehingga puluh2 ribu ringgit kan. Tak pun                dibayar 23 kali ganda dari negeri sendiri. So, kesibukan kerja juga membuatkan anda rasa rinduu sangat        kat mak ayah kan. Nak2 rindu pada kaum ibu..

4) Ikut suami
    - Ha bila dah kahwin mestilah kena ikut si suami kan, tak kan suami iukt isteri pulak. Nanti suami nampak       dayus pulak. Ha nak2 korang baru first time berpisah dengan mak.. Habis la korang kan... Anak mak           memang payah nak lepas, tambahan tak pandai masak.. Hehehe.. Memang hari2 la calling mak.




Penting kan mak kita?
So, hargailah mereka selagi mereka ada di dunia ini.. Selamat Hari Ibu!

No comments:

Post a Comment