Sunday, 4 May 2014

Buat2 Tanya Khabar Padahal Rinduuuu


Hellooo Peeeps!

Korang pernah tak ada perasaan macam ni kalau duduk jauh dari mak. Contohnya belajar ke, kerja ke, atau ikut si suami... Mihmih.. Mula call mak mesti tanya apa kabar mak? Mak sihat kr? Makan ape hari ni? Tengah buat ape mak? Macam2 la lagi kan soalan yang berada dalam kepala hang semua bila calling mak korang. Kan? Luaran memang la tanya gituw tapi dalaman "Makkkkkkkk...... Rinduuuuuuuuuu, nak balik!" Tapi tu hakikatnya kan? Huahuaa... Korang jangan buat2 tak mengaku atau tak pernah langsung hadapi situasi ni yaww., Tipu la!

Kalau first time jauh dengan mak memang hari-hari la korang call mak kan. Ayah tak berapa nak call sangat kan.. T___T. Mak je korang akan call setiap hari.. Kenapa gejala ini menular? Hahahaha... Padahal ayah pemberi ongkos pada korang kan? Buat-buat tak tahu pulak, ada tu tak tanya langsung pun khabar berita dari ayah.. Mak je yang penting kan. Ehhh, mestilah mak lahirkan kita kan??? Mihmih..

Terdapat beberapa situasi jika anda berada seperti gambar di atas:

1) Tinggal di asrama kerana berada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) la sangat kan.. Mihmih
     - Situasi macam ni kalau boleh setiap saat korang akan calling2 mak kan. Q tak pernah hadapi situasi ni           sebab sekolah dekat je..

2) Belajar di menara gading (UNIVERSITI)
    - Ada orang belajar dalam negara, ada orang pulak belajar luar negara. Yang luar negara tu nak calling2         hari mahu melayang RM1000 kalau hari2 duk calling mak kan. So, gunakanlah laman sosial yang ada.           Pergunakanlah mereka sebaik mungkin supaya duit kita tak habis.. Hahahaha.

3) Kerja di luar daerah, negeri, atau negara
    - Kerja kot.. Gila la tak nak pergi jauh2 kalau diberi upah sehingga puluh2 ribu ringgit kan. Tak pun                dibayar 23 kali ganda dari negeri sendiri. So, kesibukan kerja juga membuatkan anda rasa rinduu sangat        kat mak ayah kan. Nak2 rindu pada kaum ibu..

4) Ikut suami
    - Ha bila dah kahwin mestilah kena ikut si suami kan, tak kan suami iukt isteri pulak. Nanti suami nampak       dayus pulak. Ha nak2 korang baru first time berpisah dengan mak.. Habis la korang kan... Anak mak           memang payah nak lepas, tambahan tak pandai masak.. Hehehe.. Memang hari2 la calling mak.




Penting kan mak kita?
So, hargailah mereka selagi mereka ada di dunia ini.. Selamat Hari Ibu!

Ubah Sikap dan Ubah Kehidupan

Assalamualaikummm uolsss!!!

Apa khabar? Dengar citer sekarang banyak musim buah mangga kan? Tak kira la di negeri mana semua yang Q tengok wajib ada buah mangga yang ada.. Heww.. Hari ni bukan nak cakap pasal pelam a.k.a mangga tapi nak cakap pasal kehidupan kita sebagai manusia yang akan, telah dan bakal menghadapi hari2 liku kehidupan kita semua.

Q percaya semua orang ada masala kan? Tipu la tak ada masalah langsung. Budak sekolah pon banyak masalah kan. Hehehe. Kadang2 sikap manusia ada yang terlebih2, ada yang terkurang, dan ada yang biasa2 je mereka ni. Cuba korang senaraikan sikap negatif dan sikap positif korang. Mesti melebihi dua kan? Q sendiri pun ada perangai tersendiri contohnya tak suka ditegur, pedendam dan lain2 lagi. Begitulah kita manusia tiada yang sempurna seperti Nabi Muhammad SAW. Kita dicipta untuk menjadi hamba kepada Allah SWT bukan kepada hamba dunia yang sementara ini. T___T.. Mihmih.

Kita sebagai manusia perlulah patuh kepada suruhan dan laranganNya. Jangan sesekali ingkar sebab neraka yang panas telah menunggu kita. Sekarang pun musim panas yang amat sangat bak sauna berada dalam rumah kan? Panas sungguh kadang2 pukul 10 pagi pun dah panas . Dalam sehari Q mandi 5 kali haaaaa... Panas punya pasal. Baru sikit Allah uji kita kan. Setakat panas di dunia apelah sangat. Huahua...

So, bila berada dunia yang serba canggih ni jangan lupa pada Allah sebab Dia mampu mengubah semuanya dalam masa 1 saat. Hebat kan? Jom ubah minda kita supaya dekatkan diri kepadaNya.



Jom ubah sikap dan ubah kehidupan supaya berada di jalan yang betul dan sentiasa berubah untuk kebaikan. Jangan sesekali mengungut apa yang terjadi pada kita ye!

Pesanan Ikhlas dari,
Q


Friday, 2 May 2014

Warung Katana, Wakaf Beruas, Kuala Terengganu

Assalamualaikummmm wbt.

Korang dah makan ke? Semalam Q pergi makan besar tau.. Alhamdulillah best dan rase utiliti sut tu tercapai. Hewhew.. Actually kitorg menyambut birthday 3 orang tau, iaitu Q, ayah, dan mak. Kebetulan tarikh dekat2. Q (30 April), ayah (3 Mei), dan Mak lambat sikit (11 Mei). Winkk2... Masing2 semua bulan Taurus.. Mehehe..

Kitorg set la waktu dan tempat yang sesuai dan tempat yang paling bersih la kiranya kalau kat Kuala Terengganu ni, iaitu warung Katana. Tak tau la nak panggil restoran ke warung ke sebab die punya besar tu boleh tahan jugak la. Restoran ni tepi jalan je. Kalau korg dari bandar korg kena U-turn kat trafic light Kg. Kubang Parit tu.. Sebelah restoran Katana ada pusat tuisyen tau. Tak tahu la tuisyen tu nama ape. Lupa pulak nak hafal.. Hiksss. Dah beribu-riban kali pergi tapi biasanya dan lapar memang tak ingat dunia dah!

Ok. Let's me go.. Huhu..
Tagline diorg guna motosikal besar gituwww
(Actually banyak motosikal kan?? Tu motosikal pekerja diorg)


Air Jus
(Epal hijau, Mangga, Laici)

Ikan Kerapu Masak 3 Rase 
Di samping telur dadar sedikit hangus..hahahha

Tomyam Merah Campur


Chef2 diorg pakai baju chef uolsss
Ko hadowww???

Tempat makan luas, ada dua bahagian
Yang Q duduk bahagian belah Chef memasak
sebab ramai sangat hari ni tambahan hari Jumaat kan


Ok la kan semua jumlah makan RM83.00 tapi disebabkan tokey tu dah kenal lama dia bagi RM80.00 jer.. (RM3.00 uolllss dia bagi kureng). Kira kami ni regular customer mereka la.  Huhuhu.. Kenyang gileeee... 

ALHAMDULILLAH :)






Thursday, 1 May 2014

Pantai Pandak, Kuala Terengganu

Alhamdulillah.... Syukur padaMu ya ALLAH kerana masih diberi nafas untukku teruskan kehidupanku sebagai muslim pada hari ini.

Ape khabar uollssS? Hari ini Q ada cerita sikit nak bagitau ni. Wink2... Tepat jam 6:00 ptg tadi adik2 Q ajak gi Pantai Pandak kat Chendering area Kuala Terengganu. So, Q yang jakun tak pernah pergi ni join la diorang. Sampai kat sana perghhhhhhh!!!!! Meletop giler tempat dia!!! Macam Port Dickson dowwww. Wah macam-macam aktiviti diorang buat seperti main wau, mandi-manda, buat BBQ, photoshoot gambar nikah, dating, berkelah, memancing dlll. Perghhhh! Meletop giler beb! Jakun sungguh Q ni. Sebenarnya citer dia macam ni Q pernah pergi dulu zaman kanak-kanak ribena dulu dengan si dia tapi si dia tak nak pergi selalu sebab abang dia tinggal kawasan tu. So, tak nak terserempaklah selalu kan...Selagi ikatan tak halal tak boleh berdua-duan tau! T___T.


Seronok sungguh Q berada di sana, sambil menghirup udara yang segar, kami juga mencelup kaki ke dalam air. Best!!!! Segar tau tak perlu pergi terapi dan spa bagai. Yang ALLAH cipta dah perfect! Tak tipu... ! Weeee.. Kalau korang nak pergi dari Masjid Terapung dalam 5-6 kilometer gitu akan sampai la. Betul kat trafic light lepas tu belok kiri dan masuk lorong rumah orang. Sempit je lorong tu tapi korang nampak ramai keluar masuk yelah itu nak menuju ke pantai tersebut. Tapi ingat jangan terlajak puleksss macam Q tadi. Sebelum Jabatan Perikanan Chendering tu ye!. REmember! Lepas tu masuk kiri ye.. Alhamdullilah cantik sungguh ciptaan ALLAH.


Korang kalau nak buat wedding photoshoot memang terbaik la tempat tu serius tak tipu! Sangat-sangat cantik pemandangan kat situ yawwww.  OK jom lah kita layan gambar-gambar yang eden tangkap tadi.. Huhuhu... :)

Tadaa...


Cantik kan??? Kan dah cakap tak nak caya!
(Tapi sakit wei kaki korang kalau tak pakai selipar, duduk pulak sakit bontot!! Haaha..)


Celah-celah batu tu ada lorong santik kan??
Korang jangan main kawasan yang dalam-dalam tu bahaya tau!


Pemandangan yang nyaman dan damai. 
Korang ada nampak sesuatu tak?
Hehehe..
Ade orang sedang mengail tu weiii.

Tinggi gile batu die.. Macam nak daki gunung Everest pun ade..  


Budak-budak giler air laut ni...
Tak tau apa maksud tangan macam tu??
Motiffff???

Ok tu je dari Q..
Bye :)