Sunday, 4 May 2014

Buat2 Tanya Khabar Padahal Rinduuuu


Hellooo Peeeps!

Korang pernah tak ada perasaan macam ni kalau duduk jauh dari mak. Contohnya belajar ke, kerja ke, atau ikut si suami... Mihmih.. Mula call mak mesti tanya apa kabar mak? Mak sihat kr? Makan ape hari ni? Tengah buat ape mak? Macam2 la lagi kan soalan yang berada dalam kepala hang semua bila calling mak korang. Kan? Luaran memang la tanya gituw tapi dalaman "Makkkkkkkk...... Rinduuuuuuuuuu, nak balik!" Tapi tu hakikatnya kan? Huahuaa... Korang jangan buat2 tak mengaku atau tak pernah langsung hadapi situasi ni yaww., Tipu la!

Kalau first time jauh dengan mak memang hari-hari la korang call mak kan. Ayah tak berapa nak call sangat kan.. T___T. Mak je korang akan call setiap hari.. Kenapa gejala ini menular? Hahahaha... Padahal ayah pemberi ongkos pada korang kan? Buat-buat tak tahu pulak, ada tu tak tanya langsung pun khabar berita dari ayah.. Mak je yang penting kan. Ehhh, mestilah mak lahirkan kita kan??? Mihmih..

Terdapat beberapa situasi jika anda berada seperti gambar di atas:

1) Tinggal di asrama kerana berada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) la sangat kan.. Mihmih
     - Situasi macam ni kalau boleh setiap saat korang akan calling2 mak kan. Q tak pernah hadapi situasi ni           sebab sekolah dekat je..

2) Belajar di menara gading (UNIVERSITI)
    - Ada orang belajar dalam negara, ada orang pulak belajar luar negara. Yang luar negara tu nak calling2         hari mahu melayang RM1000 kalau hari2 duk calling mak kan. So, gunakanlah laman sosial yang ada.           Pergunakanlah mereka sebaik mungkin supaya duit kita tak habis.. Hahahaha.

3) Kerja di luar daerah, negeri, atau negara
    - Kerja kot.. Gila la tak nak pergi jauh2 kalau diberi upah sehingga puluh2 ribu ringgit kan. Tak pun                dibayar 23 kali ganda dari negeri sendiri. So, kesibukan kerja juga membuatkan anda rasa rinduu sangat        kat mak ayah kan. Nak2 rindu pada kaum ibu..

4) Ikut suami
    - Ha bila dah kahwin mestilah kena ikut si suami kan, tak kan suami iukt isteri pulak. Nanti suami nampak       dayus pulak. Ha nak2 korang baru first time berpisah dengan mak.. Habis la korang kan... Anak mak           memang payah nak lepas, tambahan tak pandai masak.. Hehehe.. Memang hari2 la calling mak.




Penting kan mak kita?
So, hargailah mereka selagi mereka ada di dunia ini.. Selamat Hari Ibu!

Ubah Sikap dan Ubah Kehidupan

Assalamualaikummm uolsss!!!

Apa khabar? Dengar citer sekarang banyak musim buah mangga kan? Tak kira la di negeri mana semua yang Q tengok wajib ada buah mangga yang ada.. Heww.. Hari ni bukan nak cakap pasal pelam a.k.a mangga tapi nak cakap pasal kehidupan kita sebagai manusia yang akan, telah dan bakal menghadapi hari2 liku kehidupan kita semua.

Q percaya semua orang ada masala kan? Tipu la tak ada masalah langsung. Budak sekolah pon banyak masalah kan. Hehehe. Kadang2 sikap manusia ada yang terlebih2, ada yang terkurang, dan ada yang biasa2 je mereka ni. Cuba korang senaraikan sikap negatif dan sikap positif korang. Mesti melebihi dua kan? Q sendiri pun ada perangai tersendiri contohnya tak suka ditegur, pedendam dan lain2 lagi. Begitulah kita manusia tiada yang sempurna seperti Nabi Muhammad SAW. Kita dicipta untuk menjadi hamba kepada Allah SWT bukan kepada hamba dunia yang sementara ini. T___T.. Mihmih.

Kita sebagai manusia perlulah patuh kepada suruhan dan laranganNya. Jangan sesekali ingkar sebab neraka yang panas telah menunggu kita. Sekarang pun musim panas yang amat sangat bak sauna berada dalam rumah kan? Panas sungguh kadang2 pukul 10 pagi pun dah panas . Dalam sehari Q mandi 5 kali haaaaa... Panas punya pasal. Baru sikit Allah uji kita kan. Setakat panas di dunia apelah sangat. Huahua...

So, bila berada dunia yang serba canggih ni jangan lupa pada Allah sebab Dia mampu mengubah semuanya dalam masa 1 saat. Hebat kan? Jom ubah minda kita supaya dekatkan diri kepadaNya.



Jom ubah sikap dan ubah kehidupan supaya berada di jalan yang betul dan sentiasa berubah untuk kebaikan. Jangan sesekali mengungut apa yang terjadi pada kita ye!

Pesanan Ikhlas dari,
Q


Friday, 2 May 2014

Warung Katana, Wakaf Beruas, Kuala Terengganu

Assalamualaikummmm wbt.

Korang dah makan ke? Semalam Q pergi makan besar tau.. Alhamdulillah best dan rase utiliti sut tu tercapai. Hewhew.. Actually kitorg menyambut birthday 3 orang tau, iaitu Q, ayah, dan mak. Kebetulan tarikh dekat2. Q (30 April), ayah (3 Mei), dan Mak lambat sikit (11 Mei). Winkk2... Masing2 semua bulan Taurus.. Mehehe..

Kitorg set la waktu dan tempat yang sesuai dan tempat yang paling bersih la kiranya kalau kat Kuala Terengganu ni, iaitu warung Katana. Tak tau la nak panggil restoran ke warung ke sebab die punya besar tu boleh tahan jugak la. Restoran ni tepi jalan je. Kalau korg dari bandar korg kena U-turn kat trafic light Kg. Kubang Parit tu.. Sebelah restoran Katana ada pusat tuisyen tau. Tak tahu la tuisyen tu nama ape. Lupa pulak nak hafal.. Hiksss. Dah beribu-riban kali pergi tapi biasanya dan lapar memang tak ingat dunia dah!

Ok. Let's me go.. Huhu..
Tagline diorg guna motosikal besar gituwww
(Actually banyak motosikal kan?? Tu motosikal pekerja diorg)


Air Jus
(Epal hijau, Mangga, Laici)

Ikan Kerapu Masak 3 Rase 
Di samping telur dadar sedikit hangus..hahahha

Tomyam Merah Campur


Chef2 diorg pakai baju chef uolsss
Ko hadowww???

Tempat makan luas, ada dua bahagian
Yang Q duduk bahagian belah Chef memasak
sebab ramai sangat hari ni tambahan hari Jumaat kan


Ok la kan semua jumlah makan RM83.00 tapi disebabkan tokey tu dah kenal lama dia bagi RM80.00 jer.. (RM3.00 uolllss dia bagi kureng). Kira kami ni regular customer mereka la.  Huhuhu.. Kenyang gileeee... 

ALHAMDULILLAH :)






Thursday, 1 May 2014

Pantai Pandak, Kuala Terengganu

Alhamdulillah.... Syukur padaMu ya ALLAH kerana masih diberi nafas untukku teruskan kehidupanku sebagai muslim pada hari ini.

Ape khabar uollssS? Hari ini Q ada cerita sikit nak bagitau ni. Wink2... Tepat jam 6:00 ptg tadi adik2 Q ajak gi Pantai Pandak kat Chendering area Kuala Terengganu. So, Q yang jakun tak pernah pergi ni join la diorang. Sampai kat sana perghhhhhhh!!!!! Meletop giler tempat dia!!! Macam Port Dickson dowwww. Wah macam-macam aktiviti diorang buat seperti main wau, mandi-manda, buat BBQ, photoshoot gambar nikah, dating, berkelah, memancing dlll. Perghhhh! Meletop giler beb! Jakun sungguh Q ni. Sebenarnya citer dia macam ni Q pernah pergi dulu zaman kanak-kanak ribena dulu dengan si dia tapi si dia tak nak pergi selalu sebab abang dia tinggal kawasan tu. So, tak nak terserempaklah selalu kan...Selagi ikatan tak halal tak boleh berdua-duan tau! T___T.


Seronok sungguh Q berada di sana, sambil menghirup udara yang segar, kami juga mencelup kaki ke dalam air. Best!!!! Segar tau tak perlu pergi terapi dan spa bagai. Yang ALLAH cipta dah perfect! Tak tipu... ! Weeee.. Kalau korang nak pergi dari Masjid Terapung dalam 5-6 kilometer gitu akan sampai la. Betul kat trafic light lepas tu belok kiri dan masuk lorong rumah orang. Sempit je lorong tu tapi korang nampak ramai keluar masuk yelah itu nak menuju ke pantai tersebut. Tapi ingat jangan terlajak puleksss macam Q tadi. Sebelum Jabatan Perikanan Chendering tu ye!. REmember! Lepas tu masuk kiri ye.. Alhamdullilah cantik sungguh ciptaan ALLAH.


Korang kalau nak buat wedding photoshoot memang terbaik la tempat tu serius tak tipu! Sangat-sangat cantik pemandangan kat situ yawwww.  OK jom lah kita layan gambar-gambar yang eden tangkap tadi.. Huhuhu... :)

Tadaa...


Cantik kan??? Kan dah cakap tak nak caya!
(Tapi sakit wei kaki korang kalau tak pakai selipar, duduk pulak sakit bontot!! Haaha..)


Celah-celah batu tu ada lorong santik kan??
Korang jangan main kawasan yang dalam-dalam tu bahaya tau!


Pemandangan yang nyaman dan damai. 
Korang ada nampak sesuatu tak?
Hehehe..
Ade orang sedang mengail tu weiii.

Tinggi gile batu die.. Macam nak daki gunung Everest pun ade..  


Budak-budak giler air laut ni...
Tak tau apa maksud tangan macam tu??
Motiffff???

Ok tu je dari Q..
Bye :)




Tuesday, 29 April 2014

POPEYE time!

Popeye time!!! Mihmih.. :)

Hari OBAMA datang Q and my fiancee bergegas ke Mid Valley sebab nak makan POpeye tau! Its happening time! Last day Q jumpa dia sebab malam dah nak balik kampung. Dah lama Q tinggalkan rumah. Entah ape yang berlaku kat rumah (kampung) sekarang. Rindu my mom and my dad and Tok sekali. Sori syg, Q terpakse balik dulu! Take care tau my dear darling. Weeee.. Tetiba jiwang karat jap.. (Sori tau kalau x nak bace sila scroll ke bawah)....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Okay citer die macam ni popeye ni first Q makan masa Q jadi PM ( Pembantu Mahasiswa) training dulu2 tak silap mase 2011 kot. Masa ni tak berblog2 lagi. X reti pon nak blogging ni. Kawan Q ajak la pergi makan ramai2 masuk popeye. Janggal giler sebab selalu kita makan KFC je tau. Ni kira menu lebih kurang je dengan KFC, tapi lagi best tau sebenarnya. KFC dah la mahal, ayam sejuk, tak ada choice langsung... Grrrrrr. Adus kesian plak KFC kita kutuk die. Sori saya dah curang dengan awak En. KFC ye.. Kita putus sekarang jgk. K, sambung balik, kawan2 Q order la makan ayam ape semua air bes giler macam ade juicy kat bawah gelas die.  Popeye ade prawn and chicken tau! So, pilihlah yang mana berkenan di hati.. Huhu..
Lepas Q makan ya ALLAH, rase nikmat sangat dan kenyang amat sangat. Harga die tak silap satu set untuk ayam tu RM10 lebih. Lupa la nak amik gambar resit bayaran! T__T. Tapi ade amik gambar ni.

Senarai harga Popeye



So, semenjak daripada hari kejadian, Q dan my fiancee selalu je makan kat situ.. Sanggup pergi Mid Valley semata-mata tujuan POPEYE tau! Kau hadowww??? Hehehe.. Jangan jeles la..

OK, petang OBama datang tu pun kitaorang merempit ke Mid. Senang sebab time tu jalan semua ttup.. So, bila sampai kami order menu biasa tak pernah lagi makan udang, ayam je selalu sebab tu tubuh dh gemokkk like badak sumbu! Haaha. OK Lets see our journey at POpeye!! Yeahh22!!!


Agak2 meleleh tak air liur korang bila tengok benda ini??
Yang macam roti tu kuih yang dicicah dengan jem strawberry sedap mcm kuih raya rasenye.


Corn (U can choose either fries, corn, mashed potato, or coleslaw)
Bagi Q kesemua ini sedap dan nyummy2


Air bikarbonat (Strawberry and Montain Dew)


Ok, cukup2 la tu nak tunjuk lebih2 kang korang mengata pulak... Hikhik.
Selamat menjamu selera yang baru ni!

SOUFEEL CHARMS ALA2 PANDORA

SElamat Tengahari UOLLSS!!!

Ha! Jom belek2

Apekah RM13.29 itu? T___T


Jom kita shopping bracelet esok kan cuti kan 1 Mei (HARI BURUH).. So gaji dah lame dapat kan.. Jom grab Soufeel Charms now.. Harga pon ok kan.. Ada sale gituwww... haaaa... Jom grab kesemua. Para wanita di luar sana mesti dirasuk nafsu nak beli tu kan.. Jom jengak sekejap diorg punya website. Macam bes je. Kita manelah mampu nak beli pandora kan so expensive kot.. Q bukan x ada duit or kedekut tapi jangan membazir la kan.. Baik Q beli emas haaa dapat jugak la gadai kalau x ada duit suatu hari nanti kan. Pelaburan itu perlu kan demi masa depan anak bangsa?? Hahahaha.. Mengarut lewww tu...
Soufeel ada sale sehingga 75%, 60%, dan banyak lagi. Waaaaaaa..... Say something la! Rugi la kita tak grab. Mak2 jemah yang giler gelang boleh beli wei harga murah giler! Q pon dah x sabar nak beli ni. Tunggu my fiancee datang je tau. Lai2 akak-akak, mak-mak, nenek-nenek, ajok la semua yang terlibat dengan gelang ni jom pakat shopping yawwww!


Tengoklah tu banyaknya discount... Waalaaaaa!
(Hanya sediakan duit saja ya)



Fuyooooo!!! Banyak sangat alat2 yang mahu tergantung kat tangan uolsss kaum Hawa
(Ingat dunia la kalau membeli tu ye, jangan selfish untuk awak j belikan untuk anak2 dara anda sekali)


Happy shopping uollsss!
-
-
-
-
-
-
-
-
<Peace>


Nak Jadi Blogger???

Hai Peeppps!

Sori gambar amik daripada Encik google



Wahai blogger2, tengah menulis blog lagi ke? atau dah tidur? Q belum tido lagi duk mengupdate blog ni. Macam nak jadi blogger ye? Firstly, kita kene make up kan kita punya setting2, layout, dll. Menurut tok guru Q, T_____T, nak buat blog ni senang sebab yang PALING PENTING isi @ post2 yang kita tulis tu... Haaa.. Penting kot isi-isi yang kome2 nak tulis tu. Dalam erti kata lain, idea-idea yang bernas yang berkilat bak berlian pandora tu paling mahal untuk menarik minat para blogger atau orang lain nak baca kan. Haaaa... Tak semestinya kau pandai Matematik ko tak pandai nak menulis blog, tak semestinya kau amik bidang sains kau tak boleh menulis tau. NO! Buang benda2 anasir luar tu daripada memasuki fikiran anda ye! Blog ni kau mesti pandai mengheret para pembaca ke arah yang mereka nak selama ini. Blogger cantik pun tapi tak ada idea nak tulis habuk pun tak ada jugak kan. Kalau kau banyak idea, banyak buah fikiran yang hebat2, Insyaallah ramai yang follow kau. Betol ke idok ni Q membebel? Padahal Q pon same tak ade sangat pon! Haahhh, amik kau Q! Terhentak atas kepala satu bijik! Debushhhh!

Nak bercerita tentang personal pun tak salah Q rase tapi pandai2 la nak hidup ye, Jangan menyusahkan mak bapak korg sudah la.. WEeeeeww. Blog ni luas actually. Pelbagai cerita kita boleh update kat blog mcm berniaga, berita politik, jawatanksong, dll. Cuma idea tu penting kan. Buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali tau!. HAaaaa satu lagi blog ni dapat ramai kawan tau! Best!


Tengok gambar di bawah dan fikir-fikirkanlah

Pilihlah korang nak jadi Blogger Bangang ke Blogger Bijak?
Selamat berBlog!!

:)


BAWAL AIDIJUMA JADI KEGILAAN AKU

Assalamualaikum wbt semua... Hari ini agak bosan la so Q update la blog ni sebab tak de keja kan. Kerja Q tido makan, tido makan je skrg. Duit x masuk satu sen pon kan. Eh, korang pernah terdengar tak orang perempuan selalu sebut tudung AJ, tudung AJ? Apakah AJ itu? Adakah Abang Jalanan? Anak Jahat? atau Aku Junior?? Hahahahaha.. Tertanya2 pula ye.. Kejap ye Q nak bagitau la ni maksud sebenar AJ=Aidijuma (Cetusan IDea Datin Norjuma). Haa ni la bawal AJ tu maksudnye. Q pon salah seorang peminat fanatik tudung bawal AJ ni.. Tak tau la macam mane boleh jatuh cinta kat tudung AJ ni. Dan yang tak tahannya Q tak pernah curang dengan AJ tau sebab tudungnya amat selesa, lembut dan mudah dibentuk.. Kalau pemalas punye orang nak iron tudung pon boleh beli AJ ni. Q pon pernah jugak MALAS nak gosok kan ia. Sebab nak cepat. Huhu..

Kalau korang peminat tudung bawal boleh la dapatkan tudung AJ ni. Tapi lagi elok beli time diorg buat sale smapai 50%.. Kadang2 diorg jugak buat 30%, kuiz dan dapat tudung free tau uollss. So, welcome to AJ club skrg.. Hahahaha... Tudung AJ ade macam2 warna tau. Korg boleh rambang mata kalau pergi store diorg. Setakat ni Q x pernah lagi beli online, pergi beli trus kat kedai diorg. Port Q biasanya store AJ kt dalam UM la... Of coz la kan nama pun student UM, so grab la kat tempat paling dekat. Phewww... :)



Red Label RM10
Sampai 4 helai Q grab tapi banyak lagi sebenarnya xdan nak snap gambar

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
Black Label Rm59
Discount 50% =RM29.50
Yang ni ade citer sikit. Q beli dah lame tapi tak pakai lagi sebab nak pakai Hari Raya nanti... Hahahaha.. Sayang punya nak pakai.. Last2 rasa nak pakai je sebab cantik sgt yang ni...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

RM29.50 yang ni... Harap sale je dapat eden grab semua ni..



Haaaa.... Ni x puas hati lagi tau.. Ikutkan hati yang merasuk ni nak beli satu kedai tau.. Jadi giler sesiapa yang bru nak berjinak2 dengan AJ ni.. Sumpah! Memang cantik nak mapuih.. Thanks Datin Norjuma sebab sudi mengeluarkan yang tepat dengan selera Q.. Hehehe... Nanti dapat duit banyak2, Q nak shopping lagi.. Thanks my fiancee jgk sebab sudi melayan kerenah Q ni yang mengada2 lebih kan.. Biase la perempuan kan.??


  <Peace yawwww>



Sunday, 27 April 2014

OBAMA DATANG UM

Hi semuaaaa!!!

Di kala hujan yang amat lebat di samping kilat sabung menyabung, wifi UM pula jem! Dushhhh!! Kesian wooo student Um asyik kena je sejak dua menjak akibat gelombang OBAMA nak datang ni.. Ish3..
Q dengar citer tadi la kan OBAMA akan jejakkan kaki kt tanah UM ni dalam pukul 3 ptg ni la kot. Tak tau la dah sampai ke belum. Tengok gate utama UM tadi penuh orang berkerumung nak tengok si abg OBAMA tu. kuikui. Hebat dowwww si OBAMA ni sampai aku pun jadi jakun kejap jadi mcm teruja orang pertama di dunia ALLAH ini nak datang kan. Adusss. Abang2 polis pon jadi kesibukan la sangat kan sebab perkara first time berlaku setelah 50 tahun berlalu. Wooooow lame tu kan. Dalam masa 50 tahun macam2 boleh berlaku kan. Si hidup boleh mati, si miskin boleh jadi kaya raye dah masa tu, si budak dah dewasa dh kan mase tu... Cuba  kamu semua renungkan anda 50 tahun yang lalu??? Mungkin rakan2 Q ni tak ade lagi pon kt atas muka Bumi ALLAH kan? Datang pulak kat UNIVERSITI MALAYA yang dah berabad dah hidup. Mungkin ramai dah bekas graduan UM yang dah tak ada atas bumi ini. Innnalillahirajiun.

Tengah2 duk menulis blog ni, terdengar pulak helikopter2 yang iring OBAMA agaknye. Hewhew.. RAse takot pun, rase cemas pun ade, kot2 berperang ke kena tembak ke.. Takut weiiiii!!!! Amerika tu weiiii...
Hanya ALLAH akan melindungi kami semua. Amin...


Tempat OBAMA datang UM
(Dewan DTC)


Dalam DTC
(DTC=Dewan Tunku Canselor)


OK, tu je untuk citer hari ini yawww. Nanti Q akan update lagi ye syg2ku semua.. Stay tune! See u tomorrow.. Esok ada kat KUALA TERENGGANU pulak.. Bye KL, UM, OBAMA, dll. 

Saturday, 26 April 2014

Dreaming CaR

Haloooo

Korang buat ape tuh? ?Nak tanya korg ade tak impian nk pakai kereta mewah or kereta separa mewah? Mcm BMW, AUDI, PEUGEOT, VOLKSWAGEN, or macam2 lagi jenis yang kita impikan.. Macam Q ade banyak yang tersenarai tau.Muhehehe... Biase angan2 kene la tinggi kan? Kalau tak tiada orang pon nak beli branded car kot. So, Q akan pamerkan satu per satu kereta idaman Q. Toink2! Dah mula nak berangan mak jenin sekejap je.. OK! Let's me go tau..

1)Ferrari Italia
   - Curlasss gituw tapi xpe mana tau kan impian Q tercapai.. Rezeki masing2 kan.BROMMMmm! mihmih :)



2) BMW X6
    - Woooww yang boleh dpt kaaloo Q rajin berblogging.. mihmih.



3) Volkswagen Beetle
    - Woooo yang ni dapat la akan ku gigihkan diri ini untuk ke pasar setiap hari tau.


4) PEUGEOT 3008
    - Yang ni mmg best bawak balik kampung hanya 4 jam atau kurang ke Kuala Terengganu.. Tanah tumpah       darahku tu woii.


5) SUZUKI SWIFT BARU
    - Ok. Yang ni kalo Q dapat kerja gaji area Rm2000.00 gituw dapat la bawak sebiji yang ni..Ok la kan           dripada proton...muehehehe.. Peace..


Gituw la citer kite hari ni.. Harapkan pagar, pagar makan padi.
OK.Bye!

Artikel mengenai MH370 yang ditulis Dr Mahathir semalam

Hai peeepssss!!!

Dah membaca belom MH370, isu hangat terkini...
Baca tau..
Happy reading!






Artikel asal dalam Bahasa Inggeris yang ditulis dalam blog rasmi Tun Dr Mahathir - chedet semalam dan hari ini telah disekat kerana mungkin terlalu lantang dan bercakap benar mengenai apa yang berlaku kepada pesawat Malaysia Airlines yang hilang - MH370]
MH 370
1. Saya berasa kecewa apabila pekerja MAS dikepung di Beijing oleh ahli keluarga penumpang MH370 yang hilang. Saya juga terkilan kerana mereka menyalahkan pihak yang salah. Kehilangan pesawat ini adalah disebabkan oleh pembuat pesawat Boeing itu sendiri.
2. Mengapakah Boeing mereka pesawat yang begitu lemah dan mudah dilumpuhkan? Dalam keadaan yang sepatutnya, kru pesawat termasuk juruterbang, pembantu juruterbang boleh berhubung dengan KLIA. Walaupun ada kemungkinan juruterbang tidak mahu menghubungi KLIA, tetapi pembantu juruterbang sudah tentu sekali ada keazaman untuk memaklumkan stesyen operasi di darat sekiranya pesawat tidak terbang mengikuti jalan udara yang sepatutnya.
3. Jika sekiranya penumpang tidak perasan apa-apa yang di luar kebiasaan sekali pun, sudah tentu kru kabin, dan pembantu juruterbang dapat mengesannya. Mereka semua amat terlatih untuk berhadapan dengan kes-kes kecemasan.. jika tidak serta merta sekalipun.. setidak-tidaknya kemudian.
4. Tetapi apa yang berlaku, nampaknya tiada sesiapa pun di dalam kabin yang mencuba (maklumkan keanehan/keganjilan yang berlaku). Andainya juruterbang yang dengan sengaja mematikan system keselamatan, sudah tentu ia memerlukan sedikit masa dan usaha. Pembantu juruterbang pula sudah pasti perasan kelakuan aneh juruterbang dan setidak-tidaknya berbuat sesuatu untuk menghalang. Adakah pembantu juruterbang telah turut ‘dilumpuhkan’ (oleh siapa?), Adakah kesemua kru pesawat juga telah ‘dilumpuhkan’ (oleh siapa juga)?
5. Kesemua pesawat penumpang sepatutnya boleh dikesan, walaupun menggunakan teknologi biasa seperti telefon bimbit. Saya boleh lakukannya melalui telefon. Jika ia mendarat, saya boleh lihat status pendaratannya. Saya juga boleh memperoleh maklumat mengenai mana-mana pesawat di mana jua – siapa pembuatnya, model apa, kepunyaan siapa.. ke mana dan dari mana ia terbang dan destinasinya.
6. Saya yakin dan percaya terdapat peralatan di dalam pesawat yang membolehkan ia dikesan – mungkin GPS.
7. Peralatan kamera canggih yang terpasang pada satelit-risikan (di angkasa) yang dikendali oleh beberapa buah kuasa besar dunia sebenarnya mampu mengambil gambar manusia (di atas muka bumi) dan sekaligus mengenalpasti identity manusia terbabit. Sudah semestinya kamera seperti ini lebih daripada mampu untuk mengesan objek sebesar 63 meter (pesawat Boeing)
8. Kali ini, pesawat MH370 telah hilang secara mutlak. Saya jangkakan di dalam telefon bimbit semua orang, ia juga telah hilang. Peralatan keselamatan di atas pesawat telah dimatikan. Malah, sistem keselamatan lapisan kedua dan ketiga (back-up) juga telah dilumpuhkan.
9. Pesawat MH370 ini dibina oleh Boeing. Oleh itu, Boeing patut menjelaskan bagaimanakah segala sistem keselamatan dan pengesan pesawat canggih ini boleh dimatikan, dalam erti kata lain.. gagal. Ini menjurus kepada rumusan samada teknologi Boeing sangat teruk, atau ia tidak selamat. Saya tidak akan terbang menaiki pesawat Boeing , sekiranya Boeing tidak mampu menjelaskan isu terbabit.
10. Sistem penerbangan kawalan jauh (drone) sekarang amat maju dan berkuasa. Apakah benar Boeing telah memasang sistem kawalan jauh ke atas pesawatnya bagi mengelak aktiviti rampasan dan keganasan? Jika benar.. maka kenapa ia tidak dikawal bagi membolehkan MH370 mendarat dengan selamat? Adakah tidak mustahil bagi pihak ke-tiga (selain Boeing dan MAS) mengambilalih kapal terbang dan mengawalnya dari jauh?
11. Apabila pesawat terhempas.. biarpun di atas tanah, mahupun di laut.. sudah pati ada bangkai pesawat ataupun tompokan minya. Sehingga tarikh ini, tiada satu pun yang menjadi bukti terhempasnya pesawat. Persoalannya, bolehkah pesawat terhempas/tenggelam dengan begitu sempurna sehinga tiada kesan apa sekali pun?
12. Bolehkah kita percaya pesawat ini (MH370) jatuh dengan begitu tenang sekali di dalam lautan ganas (Laut Hindi) dan tenggelam dengan begitu mudah ke dalam lautan? (tanpa meninggalkan sebarang petunjuk)
13. Sudah menjadi amalan kebiasaan, apabila pesawat terhempas, sepasukan pakar akan tiba ke lokasi dengan segera untuk mencari punca terhempasnya peawat. Boeing dan pihak berkuasa SEPATUTNYA berusaha mencari kapal terbang tersebut. TETAPI Boeing langsung tidak menunjukkan minat mencari, dan sebenarnya seperti langsung tidak menolong proses pencarian.
14. Syarikat penerbangan nasional MAS telah mengendalikan pelbagai pesawat dan ada rekod yang cemerlang. Juruterbang MAS juga amat terlatih. Jika sekiranya juruterbang ingin membunuh diri sekalipun, sudah tentu pembantu juruterbang dan kru kabin tidak akan membenarkannya berbuat demikian (demi keselamatan penumpang). Tetapi kali ini, ada kemungkinan kesemua kru penerbangan sudah ‘dilumpuhkan’ sama sekali (melalui cara yang tidak kita ketahui)
15. Boeing perlu menjawab kesemua persoalan ini. Boeing mesti membuktikan kesemua kemungkinan mengapa sistem komunikasi boleh dimatikan. Boeing patut menanggung tanggungjawab kerana membina sebuah pesawat yang boleh tiba-tiba hilang begitu sahaja secara total di tengah-tengah udara.
16. MAS tidak bersalah. MAS terlah menerbangkan pesawat untuk menjalankan tugas. Tetapi pesawat Boeing tersebut telah bekelakuan luar dari kebiasaan. SIapa yang harus bertanggungjawab? Sudah tentu bukan MAS, tapi pastinya pembuat kapal terbang tersebut.. iaitu Boeing Aircraft Corporation
[Tun Mahathir bercakap benar, sesuatu yang kita memang fikirkan selama ini. Kami bersama Tun Mahathir!]

Sumber: FB (Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad)

Maybelline Clear Smooth All In One Shine Free Cake

Good Evening!!!

Salam semua.. Tak keluar ke hari minggu yang dingin dek kerana hujan di petang hari! Ha!! Hari ni Q nak tunjukkan korg sesuatu. Tapi sebelum tu, Q nak tanya kulit korang OK tak kalau pakai bedak? Berminyak tak lepas pakai bedak?

Let's go now..Pernah tak korang cuba produk Maybelline??? Like this tengok bawah..


Bedak yang Q gunakan setiap hari untuk pergi jalan2 atau kerjo
(RM16.90)


+

Bb stick maybelline
(RM30.00)


Ha.. bile dua geng ni bertemu Alhamdulillah kulit Q sangat lembut dan tak berminyak langsung ye.. Kekusaman or kekeringan or kegelupasan memang x ade langsung.. Sekali lagi Q ulang x ade langsung 3K yang Q sebutkan tadi. Korang boleh la try benda2 di atas ni Insyaallah kulit korang baik je.. Q xpernah curang pun dengan produk lain sebab Q rase Maybelline dah menjadi teman rutin Q. Lagipun, BB stick Maybelline ni sangat ringan, mudah dan comel untuk dibawa ke mana-2 sahaja. Idok le kite perlukan ruang yang besar seperti foundation yang lain ye. Harga pon cantik dan OK la buat student mcm Q ni kan. 

Faktor 2 benda ni jadi pilihan hatiku:
  • Murah
  • Tahan lama
  • Kulit jadi cantik

OK, sampai di sini je ceramoh kita hari ni.
Bye. :)

Hujan Tapi Air X Ade

Salam readers semua.. Ape kaboo?

Kat tempat kamoo semua hujan tak? Kat sini ujan lebat giler sejak dua menjak ni.. Adus nak jemur kain pun jemur dalam rumah jer uollss. Q sekarang nak citer benda lain actually. Esok tanggal 27/4/2014 OBAMA nak datng Universiti Malaya tau! Awww teruja sekejap. Tapi Q rase beliau nak datang ni menyebabkan semua jalan dalam UM ni hampir ditutup sejak malam tadi lagi.. Wwwooooow hebat lo OBAMA! Jalan tar pun yang telah berlubang telah ditutup rapat oleh tar2 yang baru berkilat uolsss.. selama Q belajar 3 tahun pun UM tak akan gatal tangan nak buat jalan lain. Sampailah Q konvo pun tak buat yang lain.. Tibe! ha? Barack Obama nak datang terus buat Jalan baru.. Perghhhh! penangan orang yang berpengaruh mcm tu ler.. Dunia oh dunia! mujur lah Q tak mati tercekik beruk dibuatnye... Phewww2! Esok UM penuh sesak la kot...  Sesiapa yang nak datang esok jom lah!!!

Woi budak2 UM, siap ko ey mengata aku!

 Hujan di UM Pukul 3:38 pm=26/4/14

Ape kaitan gambar di atas??? hahahaha... hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri so boleh mkn ais a.k.a air batu free...mueheehehe.. kan? Ni ha maksud sebenar peribahasa di atas (Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik)


Sekarang musim catuan air, hujan lebat nak mpauih, air masih  x ade... Ape kes??
OK, Bye!

Friday, 25 April 2014

Steamboat D'Ganu Pulau Duyong, Kuala Terengganu

Minggu lepas Q dapat upah temankan si dia pergi poslaju. So, Q dapatlah pilihan sama ada Jeruk Madu Pak Ali, Steamboat atau kedua-duanye sekali.. Petang tu juga kami merempit pergi ke D'Ganu steamboat.
Sebab dah lame gile mengidam..Nyum2.. Perut sedang berkerosong mulut ternganga2 kelaparan..

So, Q memesan order dengan mengambil yg 4 set punye RM26.00 sahaja. Mmg tak ade buffet tapi setakat nak merasa okey la kan?? Ini kali kedua Q pergi tau.. Dulu2 mcm tak berapa gemar sangat benda alah macam ni tapi sejak dua menjak ni rase nak try pulak..  So, si dia pon same jgk la nk try.. Jom saksikan gambar2 yang telah dihidangkan..

Ni la hasilnye apabila dimasak dan dibakar@digrill

Nasi goreng ikan masin


Antara makanan yang ade

Ni jelah setakat Q nak tulis. Lain kali plk ye kita sambung mengarang. Opsss!!!! Sebelum terlupa Q nak bgtau waktu operasi :    
D'Ganu Pulau Duyong Kuala Terengganu
Buka: 5:30 ptg-1:00 pagi

So, Q sarankan korg blh dtg awal atau boleh reserve kalau time cuti sekolah ke public holiday ke..
OK, terima kasih kerana sudi membaca entry yang x seberapa ini..
Bye!


Monday, 21 April 2014

Susahnye dapat kerja!!

Hi allzz..

Part 1
Salam semua..dh makan k? macam mane ok x harga makanan sekarang? Mahal kn?Adus makanan pun mahal, transport pon naik harga, nk minum air masak pon kne bayar!haaatduish!! tink tong sekali atas kepala! Qpulak xdpt2 keje acane??tlg Q plizzz... Q nak cari kje duit xdok nk mkn ni.. nak beli kereta idaman lagi acanerr??duit satu sen pun xmsyukkkk... so, doakan Q dapat kje...bye.

Esok Q ade interview doakan Q.. Aminnn..


Sambungan Part 2 esok
.