Tuesday, 10 February 2015

Sebelah Sayap

RESEPI CIK MEK MOLEK (MEK COMEL) VERSI TERENGGANU

Huuuuuu... Lapar, lapar petang ni. Nak makan apa ya? Tercari2 makanan di dapur sudah kosong. Tanpa diduga, mata kite ni terlajak cepat lihat bekalan makanan.. Hahahaha.. Kalau bab makan kan.. Ternampak sesuatu dalam plastik beg, iaitu ubi keledek (ubi steylerr) dalam loghat ganu. Dalam kepala mulalah berpusing2 seperti naik buaian. T__T.. Tinkkkkkkkk..Yeah dah dapat idea nak buat ape petang ni...
Tudia tudia.... Dah mai dah idea nak buat mek comel versi ganung ni..

Q buat sensorang je tau xdak orang pun nak tolong.. Tapi time makan ramai je datang makan.. Gerammmmmm!! Takpe sabar lah wahai hati..

Jomlah kita usha cara nak buat mek comel ni mudah ke payah?

Bahan-bahan:

- Ubi Keledek (Ikut jumlah nak buat banyak atau sikit)
- Tepung Gandum (Q guna cap sauh)
- Gula
- Garam

Cara-cara:

1) Basuh ubi terlebih dahulu sebelum merebusnya kerana terdapat kotor2 kan.
2) Rebus ubi keledek berkenaan selama 30 minit.



Rebus dalam periuk la uolss.. Bukan kuali ya..

3) Setelah ubi masak, biarkan ubi tersebut sejuk sepenuhnya dalam 1 jam jugak la kot.
4) Kopekkan kulit setelah ianya sejuk dan penyekkan ia sehingga hancur.
5) Letakkan tepung gandum mengikut tahap ianya menjadi keras sedikit dan senang untuk diuli.


Selagi ia lembik, selagi itulah Q letak gandum
Phewwww....

6) Setelah adunan dah menjadi, Q pun mulalah mengulinya dan membentuknya lubang di tengah untuk letak gula.


Haaaa....tadaaa

7) Letakkan gula di dalamnya.
8) Dan tutup kembali supaya jadi bujur bentuknya.


9) Seterusnya, goreng dalam kuali dengan minyak yang banyak. Dan boleh dihidangkan.. Ngappppp!! Aummm... Sedap sebab ada manisan gula terasa.


Yeaahhh.. Dah bole makan.

SELAMAT MENCUBA!!

:)





Saturday, 7 February 2015

BB Stick Maybelline





Saper tak pernah dengar BB Stick Maybelline??? Ini dikira macam foundation la before korang pakai bedak. Macam Q sendiri guna produk Maybelline sebab dia punya sangat sesuai dengan kulit muka Q. Walaupun agak mahal tapi berbaloi la.. 

Nak dijadikan cerita Q dah lama tak pakai BB Stick ni sebab malas nak pergi beli. So, baru2 ni hari Jumaat (6/2/2015) pagi tuh Q saje je pergi jalan2 kat Guardian Giant Kuala Terengganu. Nak tengok produk Simplysiti actually tapi nampak BB Stick Maybelline ditampal kat situ BUY 1 FREE 1.. So apa lagi korang, Q grab la.. Harga satu batang BB Stick tu RM24.90 tapi Q dapat 2 barang.. Best kan?? Promosi tu berlangsung selama 4 hari je tau.. Bermula 5/2/2015-8/2/2015 je.. Itu dikira rezeki Q.. Alhamdulillah...


Yeahhhhhh!!!! Dapat dua.. Kau hadooo??? Q bagi kat adik Q satu... Walaupun dapat dua Q belom tamak OK!

Ni pulak antara Maybelline yang Q guna lahhhh...Phewwww...


Lip Balm, Powder, BB Stick
(COMPLETE)

Korang pulak guna produk ape ye?? Kongsi lah sama kita OK!

Maharaja Lawak Mega 2014 Akhir - Shiro (1)





SELAMAT MENONTON!!!

MLM2014: Zero kenang arwah ayah dalam persembahan





TAHNIAH ZERO!!!!



YOU ARE THE BEST!!

Maharaja Lawak Mega 2014 Akhir - Pembukaan





SELAMAT MENONTON!



#MLM2014 Akhir

Maharaja Lawak Mega 2014 Akhir - Persembahan Taufik Batisah

Friday, 6 February 2015

Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 - ZERO

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wooooo..... Apa khabar semua? Dah bangun tidur belum ya? Adus malam tadi Q tak boleh tidur la sebab terkenangkan lawak kumpulan ZERO yang kuda kepang tu... Ya ampun sedap bangat donk!! Memang patut la mereka menang weh sebab diorang punya lawak semalam lawak habis dan menjadi gilerrrrrr....
Kuda kepang...aduh...kuda kepang....

Q baru je google dan baru je tau hari ni bahhawasanya diorang adalah adik beradik... Fuyoooo.. Hebat la mereka ni kan... Kalah sepahtu lawak diorang semalam.. Alhamdulillah rezeki diorang kot. Vote untuk ZERO sekali lagi.. Di sini Q sertakan serba serdikit BIODATA KUMPULAN ZERO MLM 2014
-
-
-
-
-
-

BIODATA KUMPULAN ZERO MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 (MLM 2014)





Peserta pertama: SYAIFUL
Nama Sebenar : Mohd Syaiful Bin Doli Sharif
Asal :Kudat, Sabah
Umur :25 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
Kerjaya :Buruh kasar, nelayan

Peserta kedua: SHARIF
Nama Sebenar : Sharif Kadir Bin Doli Sharif
Asal :Kudat, Sabah
Umur :23 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
Kerjaya :Buruh kasar, nelayan
* Syaiful diberitakan akan menamatkan zaman bujangnya selepas tamat Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) dan akan berkahwin dengan gadis pilihan hatinya pada pertengahan bulan Februari 2015. 


Peserta ke-3: ATU
Nama Sebenar : Sharid Kunal Bin Doli Sharif
Asal :Kudat, Sabah
Umur :21 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
Kerjaya :Buruh kasar, nelayan



okey la sampai di sini aje Q boleh selitkan biodata si ZERO MLM 2014 ni....

nak tau lebih lagi google la lagi yek...
WAcaaaaaaaaaaaaa............