Saturday, 24 November 2012

MENU HARI INI




Bahan-bahan (3-4 orang)
1 ikat kangkung
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili api
Sedikit belacan
2 sudu besar ikan bilis
Sedikit air
Garam dan gula
Cara-cara
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan kangkung.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak kangkung sehingga sedikit layu (2-3 minit).

Sunday, 18 November 2012

CERITA HARI INI

Alahamdulilahhrabbillalaminnn... dah selesai tugasan pertama Q pada hari ini..terima kasih Ya Allah..itulah hari paling gembira hari ni tetapi ada juga kesedihan. Dengar ye. Q  dan rakan Q ni mmg masuk lambat pada hari ini kerana print out tugasan tadi. Tiba2 dlm kls ade 2 org je dlm kls.. huuuhhhh... hilang berdebar bile tgk prof x brp nk mrh. Bila beliau mahu start kuliah, Beliau bertanya tentang nota yang dipesan 2 minggu yang lepas. Ramai pulak yang x bawak nota itu. Hanya Q je yang bawa bukan nk bangga tapi gembira. lps tu Prof Q terus cancelkan kelas. Rasa sgt2 sedih dan terasa nk keluar air mata Q dan rakan-rakan yang lain. Selepas itu kami semua bercadang meminta maaf drpdnya dan terus ke Pejabat beliau. Seorang PA beliau yang ada dlm pejabatnya. sejurus kemudian Q dan rakan2 menyuruh PA prof jumpa prof utk memberitahu kedatangan kami. Tiba-tiba jawapan yang diperoleh hampa kecewa. Sungguh pilu rs hati ini kerana beliau ckp jumpa mgu dpn pdhl kls mgu dpn x. sedihhhhh..itulah cerita Q hari ini..ukhukhuk....kesian kan..ok la tu j Q nk kongsi hari ini.. bye assalamualaikum semua..-peace no war-

--GAZA--

Ni Q nk share sesuatu. Td Q terjumpa something dlm FB: Ini la story-mory drpd negara Gaza pada hari ini.. Marilah kita berdoa untuk mereka agar mereka terselamat dan sentiasa dilindungi Allah SWT.Amin.. 




"Di GazaTidak henti-henti di hujani dengan bom berangkai, Air mata anak,ibu,ayah,datuk, nenek dan kawan-kawan mereka di bunuh dengan kejam sekali, Kita di Malaysia Masih Hujan dengan air sedangkan mereka di hujani api yang membakar diri dan membunuh diri.YA Allah betapa kuatnya dugaan Umat Islam di sana lalui, kita tidak dapat merasai apa yangmereka rasai sekarang, cubalah kita pejam mata dan merasai sendiri keadaan mereka, jika kita tak mampu menangis, betapa kerasnya hati kita dan kotornya hati kita.Istigfarlah wahai sahabat wahai Umat Islam bantulah muslim di sana dengan apa cara sekalipun jika anda tidak mampu berjihad di sana anda perlu mula berjihad di sini, dimana sahaja anda berada ingatlah perangilah Musuh Islam Zionis dan sekutunya Amerika." 



Ya Allah Yang Maha Penyayang dan Lagi Maha Besar.Tuhan yang memerintah alam ini.Selamatkan dan lindungilah rakyat Palestin.Kau hancurkanlah Israel Laknatullah.Amin



Firman Allah s.w.t :


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَي وَجَعَلۡنَاكُمۡ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ اللَّهِ أَتۡقَاكُمۡ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13

Maksudnya:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. (bukan yang lebih keturunannya atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)”.
(Surah Al-Hujurat, ayat: 13)



ASSignmet oh ASSignment

Hai allz.. Ermm...nk ckp ni panggil "Q" je kt saye ye. Td Q baru siap makan 'mee rebus' buatan Q sendiri. Alhamdulilah dah kenyang perut Q. Selepas makan of coz la kene buat keje lagi kan?Q sambung buat assignment la ni yang sedang melambak depan mata Q ni. Pening betul la Q.. Esok dah kena submit kat Prof dah. Alamak mcm2 kne edit ni..

SELAMAT DATANG KE QALBU PENA





Salam. Selamat datang ke blog "Qalbu Pena". Blog ini dilahirkan pada 18.11.2012, iaitu jatuh pada hari Ahad, tepat jam 18:40 petang. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong ajarkan. Sekian.